
Barbie dan perempuan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Tipulah jika ada perempuan tidak mengenali anak patung Barbie yang memang terkenal dengan warna pink dan lembut.
Sehubungan itu gabungan Barbie dan salah satu jenama sukan ikonik dunia ini menarik perhatian dunia.
Dan sempena meraikan ulangtahun ke-50 Puma Suede tahun ini, Barbie berkerjasama dengan Puma mengorak langkah dalam dunia streetwear sebagai kolaborasi bersama.

Tidak hanya kasut, kolaborasi ini lengkap dengan pakaian, aksesori, kasut sehinggakan ada anak patung Barbie yang berpakaian sukan dibikin bersempena kerjasama ini.
Tampil sporty dan feminin dalam koleksi Puma X Barbie ini, Puma Suede Barbie ini diberikan sentuhan glamor dengan paduan warna pink raspberry dan hitam dengan kotak yang direka khas.

Koleksi ini turut menampilkan Puma Suede serba hitam dengan motif formstrip Barbie hitam-pink dengan pita satin berona senada.
Saling melengkapkan koleksi kerjasama dunia jenama gergasi ini, beg dan topi baseball turut direka khas untuk penggemar fesyen.
Koleksi ini boleh didapati di butik Puma dengan harga USD100 (RM407).
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]