Bangkai ikan ‘Matahari’ gergasi ditemui terdampar di pantai Australia

Bangkai ikan ‘Matahari’ gergasi ditemui terdampar di pantai Australia

Mulanya disangkakan kayu besar namun pemancing terkejut ia sebenarnya bangkai ikan gergasi.

Siapa sangka akan menjumpai bangkai ikan matahari gergasi.

Namun itulah yang dikongsi oleh 2 pemancing yang menjumpai ikan tersebut terdampar di pantai.

Steven Jones dan rakannya, Linette Grzelak menemui ikan itu di satu kawasan pantai Goolwa Pipico yang terletak kira-kira 25 kilometer dari River Murray, sebuah destinasi memancing serta pelancongan popular di Australia Selatan.

Ikan matahari itu dianggarkan sepanjang 2.5 meter dengan berat mencecah beberapa ratus kilogram.

Grzelak yang memuat naik gambar ikan itu di Facebook berkata, dia pada mulanya menyangka ikan itu adalah kayu kerana ia terlalu besar.

“Pada mulanya saya menyangka ianya palsu. Jones menemuinya terdampar di pantai dan ia kelihatan seperti kayu yang besar,” katanya yang dipetik Mail Online.

Ikan matahari atau dikenali sebagai mola mola boleh membesar hingga mencecah tiga meter panjang dengan berat mencecah 2.5 tan.

Ia juga sangat jarang ditemui kerana habitatnya di laut dalam dan terpencil.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.