
Colton Herta muncul pemenang termuda dalam sejarah perlumbaan IndyCar di usia 18 tahun selepas pemandu Amerika Syarikat (AS) itu mendaki podium utama pada penampilan ketiganya di IndyCar Classic.
Anak kepada bekas pelumba IndyCar, Brian Herta itu melengkapkan perlumbaan 60 pusingan di litar sepanjang 5.4 kilometer sebagai juara pada aksi sulungnya di Litar Americas di Austin, Texas.
“Ia menakjubkan! Sukar untuk dipercayai dan saya amat letih. Saya perlu tidur ketika ini,” katanya selepas habis perlumbaan.
Tiba sebagai pemenang bersama kelas perlumbaan di perlumbaan 24 jam Daytona, Herta meleburkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh seorang lagi pelumba AS, Graham Rahal.
Rahal yang juga anak kepada bekas pelumba IndyCar berusia 19 tahun 3 bulan ketika dia memenangi perlumbaan pada 2008 di St. Petersburg, Florida.
Herta yang menginjak usia 19 tahun, Sabtu ini melakukan hentian pit terakhir pada sesi mengisi minyak dan memimpin perlumbaan apabila pendahulu, Will Power dan Alexander Rossi mengalami kemalangan yang melengahkan hentian terakhir mereka.
Brian, yang juga pemenang empat kali IndyCar dan turut memiliki pasukan dalam perlumbaan itu berbangga dengan kejayaan anaknya.
“Amat berbangga terhadapnya. Ia seperti Krismas datang kepada saya. Dia berterusan mengejutkan saya. Saya adalah bapa cukup bangga,” kata Brian dengan anaknya tidak berlumba bersama pasukannya.
Pasukan Herta, Harding-Steinbrenner Racing dimiliki oleh George Steinbrenner IV,22, yang juga anak kepada pemilik bersama kelab bola lisut New York Yankees, Hank Steinbrenner. – AFP
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]