Wow… Banyaknya khasiat kunyit sehingga gajah dirawat gunakannya

Wow… Banyaknya khasiat kunyit sehingga gajah dirawat gunakannya

Selain digunakan untuk masakan nampaknya kunyit mampu merawat luka kecil dan memulihkan kulit

Tahukah anda, kunyit ada pelbagai khasiat yang baik sebagai penawar?

Selain hebat digunakan dalam masakan, kunyit juga memberikan manfaat kepada kulit.

Atas sebab inilah pihak Adabi Consumer dengan Zoo Negara telah bekerjasama untuk mengubati seekor gajah yang mempunyai masalah kulit seperti luka-luka kecil.

Berlangsung di Zoo Negara, sebanyak 7 kilogram kunyit telah digunakan untuk melumur keseluruhan badan gajah tersebut.

Menerusi Twitter rasmi Adabi Consumer, lumuran kunyit itu dibiarkan seketika pada badan gajah terbabit agar khasiatnya meresap masuk ke dalam kulit.

Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Selain pada gajah, anda juga boleh lumurkan kunyit pada kulit. Apakah khasiatnya?

1. Merawat luka kecil

2. Merawat gigitan serangga

3. Bertindak sebagai antiseptik pada kulit

4. Sebagai agen pemulih kulit.

Satu usaha murni yang bagus dari kedua-dua pihak!

Semoga dengan usaha ini, gajah-gajah yang ada di setiap zoo semakin pulih dan terpelihara.

Semoga selepas gajah itu dimandikan sehingga bersih, pihak Zoo Negara atau Adabi Consumer akan menghebahkan keadaan kulit gajah yang dirawat menggunakan kaedah kunyit tersebut.

Selepas ini sudah pasti makin ramai yang akan mencuba kaedah kunyit ini untuk kebaikan kulit anda.

Selamat mencuba!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.