Mercedes puji aksi Hamilton di Australia berjaya kemudi walaupun jentera rosak

Mercedes puji aksi Hamilton di Australia berjaya kemudi walaupun jentera rosak

‘Tyre Seal’ jentera Mercedes hilang namun ia tidak menghalang Hamilton untuk berada di tempat ke-2

Juara dunia lima kali Lewis Hamilton melakukan aksi hebat apabila berjaya mengemudi jenteranya yang rosak hingga ke garis penamat pada perlumbaan pusingan pembukaan Formula One di Grand Prix Australia.

Menurut ketua strategi Mercedes, James Vowles, Hamilton memulakan saingan di petak utama tetapi mengakhiri perlumbaan di tempat kedua di Melbourne hujung minggu lalu selepas rakan sepasukan, Valtteri Bottas dari Finland berjaya mendahului dengan 20 saat di depan.

Vowles berkata selepas perlumbaan mereka mendapati ada sebahagian daripada lantai jentera Hamilton yang hilang dan ia dinyatakan dengan secara terperinci di laman web pasukan Mercedes.

“Ketika pemeriksaan kereta Hamilton selepas perlumbaan, kami mendapati terdapat kerosakan di mana kawasan yang kami panggil ‘tyre seal’.

“Kawasan itu adalah aerodinamik yang agak sensitif; bagi downforce dan juga keseimbangan kereta dan kami percaya kami berjaya mengekalkannya sepanjang litar ketika melalui bebendul jalan (kerb),” kata Vowles.

Tambah Vowles kemenangan Hamilton ketika perlumbaan juga terbantut kerana perlu menjaga tayar selepas masuk awal ke hentian pit bagi menyekat kemaraan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel.

“Kerosakan lantai itu sepatutnya tidak akan membantu. Ia boleh menyebabkan bahagian belakang kereta tidak stabil, tetapi dia melakukan tugas dengan baik untuk membawa kereta sehingga tamat perlumbaan,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.