Lubnan minta Rusia hapus halangan kerjasama ekonomi

Lubnan minta Rusia hapus halangan kerjasama ekonomi

Import Lubnan dari Rusia bernilai AS$570 juta pada 2018 berbanding nilai eksport hanya sebanyak AS$5 juta.

Lubnan memeterai perjanjian dengan syarikat minyak Rusia terbesar, Rosneft, untuk meningkatkan dan mengendalikan penyimpanan di utara bandar Tripoli. (Gambar Reuters )
BEIRUT:
Kerajaan Rusia diminta menghapuskan semua halangan yang menyekat kerjasama ekonomi antara Lubnan-Rusia, lapor agensi berita Xinhua.

Pengerusi bersama Majlis Perniagaan Lubnan-Rusia, Jacques Sarraf berkata demikian pada forum ke-5 Lubnan-Rusia yang diadakan bertujuan membincangkan kaedah untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.

Sarraf berkata, sudah tiba masanya negara itu meningkatkan hubungan ekonomi dengan Rusia dan mengetepikan konflik antara Rusia dengan Amerika Syarikat.

Tambahnya, import Lubnan dari Rusia bernilai AS$570 juta pada 2018 berbanding nilai eksport hanya sebanyak AS$5 juta.

Sementara itu, pengerusi Majlis Perniagaan Lubnan-Rusia, Alexander Gogolev berkata, terdapat banyak peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam beberapa bidang, termasuk industri tenaga, minyak dan gas.

Awal tahun ini Lubnan telah memeterai perjanjian dengan syarikat minyak Rusia terbesar, Rosneft, untuk meningkatkan dan mengendalikan penyimpanan di utara bandar Tripoli, manakala Novatek Rusia akan meneroka pengeluaran minyak dan gas luar pesisir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.