
Boot bola sebenarnya ibarat cincin berlian permata untuk seorang lelaki.
Jarang dipakai, tapi sekali pakai terasa macam Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi yang beraksi di atas padang.
Untuk tahun 2019 ini, pasti bagi mereka yang kerap bermain bola akan mula mencari boot yang mengikut trend terkini.
Sambil-sambil korang dalam dilema tak tahu boot bola mana yang korang nak borong, usha dulu kat bawah ni antara boot bola yang paling ngam teruk kalau disarungkan kat kaki korang.
Adidas Predator 19+
Boot bola siri Predator baru sahaja dikeluarkan oleh Adidas.
Boot bola ni juga dipakai oleh beberapa pemain bola ternama antaranya Paul Pogba.
Adidas Copa 19+
Boot ini dipakai oleh David De Gea, Nemanja Matic dan Paulo Dybala.
Pasti anda menggigil tengok boot ni.
Nike Mercurial Superfly 360 Elite CR7
Kalau ada rasa nak perform macam Cristiano Ronaldo, tunggu apa lagi.
Inilah boot yang patut di sambar dan menjad inspirasi daripada pemain terbaik dunia ni.
Adidas Energy Mode Nemeziz 18.1 FG
Pergh Adidas ini tampil dengan warna jingga, confirm dari jauh orang sudah nampak anda beraksi dalam padang.
Ini adalah antara koleksi menarik yang wajar dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan untuk bermain bola sepak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]