
Kematian beliau disahkan oleh bilik berita Sin Chew, menurut akhbar Malay Mail.
Gempa berukuran 5.4 skala Ritcher itu berlaku kira-kira jam 2 ptg menyebabkan tanah runtuh di air terjun Tiu Kelep di Senaru Baru, Lombok Utara.
Bernama melaporkan, 22 pelancong warga Malaysia antara yang terperangkap dalam tanah runtuh tersebut.
Ketua Sekretariat Wilayah dan Protokol Lombok Utara, Mujadid Muhas dalam satu kenyataan berkata, terdapat 40 pelancong di kawasan itu ketika kejadian.

“Setakat ini, 2 disahkan terbunuh, sewaktu proses mencari dan menyelamat dijalankan,” katanya.
Gempa pertama, berukuran 5.8 berlaku pada jam 2.07 ptg Waktu Indonesia Barat, berpusat 24km ke timur laut Lombok Timur-Nusa Tenggara Barat.
Menurut Agensi Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG), ia diikuti gempa kedua berukuran 5.2 skala Ritcher pada jam 2.09 ptg dan berpusat 7km dari timur laut Lombok Timur-Nusa Tenggara Barat.
Gempa bumi itu dirasai di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat hingga ke Denpasar, Bali.
Dalam pada itu, ejen pelancongan di Mataram, Lombok, yang dikenali sebagai Pak Arno berkata, pelancong Malaysia terbabit menginap di sebuah hotel di Mataram.
Beliau berkata, pihak berkuasa sedang dalam proses mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.
Jurucakap kedutaan Malaysia di Jakarta berkata, pihak kedutaan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempat berhubung kejadian.
“Ada pelancong Malaysia dilaporkan hilang,” katanya.