Pakistan: 4 terbunuh keretapi meletup di Baluchistan

Pakistan: 4 terbunuh keretapi meletup di Baluchistan

4 orang, iaitu seorang gadis belasan tahun, ibunya dan 2 lain terbunuh dalam letupan itu.

Baluchistan merupakan bahagian penting dalam projek pengangkutan dan tenaga yang membentuk sebahagian daripada inisiatif “Belt and Road” China, yang membawa masuk pelaburan berjumlah AS$57 bilion ke Pakistan. (Gambar Reuters)

QUETTA, Pakistan: Empat orang terbunuh dan 10 cedera di Pakistan, Ahad apabila sebutir bom meletup di landasan keretapi di daerah Baluchistan yang kaya sumber, di mana kumpulan pemisah menentang pasukan keselamatan sejak bertahun-tahun.

Tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi kumpulan pemisah etnik Baluchistan yang berjuang menentang eksploitasi sumber gas dan lain-lain sumber di wilayah itu pernah menyerang keretapi sebelum ini.

“4 orang- seorang gadis belasan tahun, ibunya dan 2 lain terbunuh dalam letupan itu,” ketua polis daerah Naseerabad, Irfan Bashir, memberitahu Reuters.

Letupan itu menyebabkan 6 gerabak keretapi yang dalam perjalanan dari Peshawar di barat laut negara itu menuju ibu daerah Baluchistan, Quetta, terkeluar landasan.

Ia merupakan serangan keretapi kedua di daerah itu dalam tempoh 2 minggu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian sebelum ini.

Baluchistan merupakan bahagian penting dalam projek pengangkutan dan tenaga yang membentuk sebahagian daripada inisiatif “Belt and Road” China, yang membawa masuk pelaburan berjumlah AS$57 bilion ke Pakistan.

Keganasan yang meletus di wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran itu menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatan pelaburan tersebut, terutamanya jaringan tenaga yang dirancang akan menghubungkan barat China dengan pelabuhan Gwadar di selatan Pakistan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.