Miliki bahan eksploitasi kanak-kanak, lelaki Malaysia didakwa di Australia

Miliki bahan eksploitasi kanak-kanak, lelaki Malaysia didakwa di Australia

Hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit lelaki itu mengandungi bahan menjijikkan termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak.

Telefon bimbit rakyat Malaysia itu mengandungi bahan menjijikkan, termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak.
PETALING JAYA:
Seorang rakyat Malaysia ditahan dan didakwa di Australia selepas dikatakan memiliki bahan eksploitasi kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Australia Border Force (ABF) melaporkan lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pegawainya ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth sejurus ketibaannya dari Kuala Lumpur pada Jumaat.

Hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbitnya mengandungi bahan menjijikkan, termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak.

Pegawai ABF merampas telefon tersebut dan membatalkan visa pelawatnya.

Lelaki terbabit kemudiannya didakwa pada Sabtu di Mahkamah Majistret Perth kerana mengimport bahan terlarang di bawah Akta Kastam 1901.

Dia bakal berdepan denda maksimum 10 tahun penjara dan/atau denda hingga 525,000 dolar Australia (RM1.5 juta).

Pemangku Komander Wilayah ABF untuk Australia Barat, Emma Newman, berkata ABF komited melakukan segala usaha untuk mencegah pengimportan bahan-bahan yang menjijikkan ke Australia.

“Pelawat sepatutnya tahu pemilikan bahan eksploitasi kanak-kanak dipandang sangat serius oleh undang-undang Australia,” kata Newman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.