
Jabatan itu berkata, setakat ini tempat paling paling panas di negeri di utara semenanjung mencatatkan suhu setinggi 38 darjah Celcius.
Di Lembah Kelang, suhu yang dicatatkan hari ini ialah antara 35 ke 38 darjah Celcius.
Mohd Hisham Mohd Anip yang mengetuai pusat operasi cuaca dan geofizik kebangsaan Jabatan Meteorologi berkata, berdasarkan data lampau, musim panas biasanya akan berakhir pada penghujung April atau awal Mei.
“Pada masa ini, separuh daripada semenanjung, terutamanya kawasan di sebelah utara akan mengalami langit cerah, jadi penembusan cahaya matahari berada pada tahap maksimum,” Hisham memberitahu FMT.
Katanya, sesetengah termometer akan menunjukkan bacaan 40 darjah atau lebih tinggi pada masa ini, tetapi ia bukanlah bacaan tepat.
Beliau berkata, bacaan Jabatan Meteorologi memenuhi standard antarabangsa.
Hisham berkata, suhu paling tinggi negara yang pernah dicatatkan dalam 2 dekad lepas ialah setinggi 40.1 darjah Celcius pada 1998 di Chuping, Perlis.
“Itu pun pada tahun El Nino yang kuat,” tambah beliau.
Beliau berkata, cuaca akan menjadi lebih panas bermula 21 Mac depan.
“Pada 21 Mac, kejadian ekuinoks akan menyaksikan matahari menghadap khatulistiwa secara langsung dan akan terus menghadap negara kita secara langsung sehingga April.
“Jadi kalau tidak ada awan, ia akan menjadi sangat panas. Mudah-mudahan akan ada teduhan awan, malah lebih baik, jika ada hujan.”