
Beliau berkata, tahap toksik yang ada pada bahan kimia itu adalah bersifat rendah dan tidak menyebabkan kematian kepada mereka yang terdedah.
“Ini adalah ‘acute toxicity’ dan bukannya sesuatu yang bersifat kronik dan mempunyai ‘exposure’ yang lama serta berterusan sehingga boleh mencetuskan kanser,” katanya pada sidang media selepas melawat Medic Base di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kekhuatiran mangsa mengenai kesan jangka panjang pencemaran sisa kimia dari Sungai Kim Kim terhadap kesihatan mereka.
Dzukefly berkata, sebagai inisiatif untuk memantau tahap kesihatan kesemua mangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan kajian kohort berdasarkan sistem data pesakit yang dikumpulkan.
“Semuanya ada dalam ‘data base’ kami untuk buat ‘kohort study’, kita boleh mengikuti perkembangan mereka untuk kita pastikan. Kalau ada antara mereka mengalami kesan yang kita panggil kesan kronik,” katanya.
Ketika ditanya mengenai bekalan ubat-ubatan yang disediakan di Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang itu, Dzulkefly berkata ia mencukupi setakat ini.
“Bekalan ubat-ubatan kita…saya tanya kepada farmasi di sini tadi, tiada masalah.
“Yang jadi masalah sikit adalah ‘cyanokit’ (digunakan untuk merawat keracunan sianida) kerana kita hanya ada 10. Kita sudah menggunakan 3 dan kita sudah buat rancangan untuk mendapatkannya dari hospital lain,” kata beliau.