
Setiap masjid pastinya mempunyai konsep seni bina yang tersendiri.
Walaupun dibina dengan konsep moden mahupun tradisional, elemen Islam tetap digabungkan sehingga terhasilnya sebuah rumah ibadah yang cantik dan mempersonakan.
Namun bagi Masjid Daing Abdul Rahman konsep seni bina ternyata berbeza.
Masjid yang terletak di Johor ini antara masjid pertama mengenengahkan seni bina bertemakan industrial dan mesra alam.
Melalui perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Ezad Hafizy, Masjid Daing Abdul Rahman kini sudah dibuka untuk jemaah mengisi kekosongan saf.
Masjid ini antara rumah ibadah yang ‘cool‘ dengan seni bina yang agak ‘trendy’ dibina hampir dua tahun.



Masjid ini dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh UEM Land Berhad dengan keluasan 3 ekar.
Manakala kos projek pembinaan masjid ini pula adalah RM3.89 juta.
RM1 juta adalah hasil sumbangan daripada orang ramai manakala baki kos keseluruhan projek disumbangkan oleh seorang penderma rahsia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]