
Langkah itu, yang disertai pengundian di Dewan Perwakilan, memberi tamparan hebat kepada usaha Trump untuk membina tembok di kawasan sempadan dan dijangka memaksa beliau menggunakan kuasa veto buat pertama kali sejak menjadi presiden.
Ini juga merupakan kali pertama Kongres bertindak menentang perisytiharan perintah darurat kebangsaan sejak Akta Darurat Nasional digubal pada 1976.
“VETO!” tulis Trump di akaun Twitter sejurus selepas pengundian itu.
Trump memaklumkan satu sidang akhbar pada Khamis bahawa beliau tidak menjangka kuasa vetonya diketepikan.
Dalam pengundian pada Khamis, 12 senator Republikan mengundi bersama-sama parti Demokrat bagi menentang perisytiharan perintah darurat Trump, sekali gus mendedahkan jurang yang luas dalam kalangan anggota Parlimen parti Republikan berhubung isu itu.
Bagi mengatasi kuasa veto Trump, kedua-dua dewan perwakilan di Kongres memerlukan 2/3 daripada jumlah keseluruhan undi.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada penentang Trump akan meraih undi yang mencukupi.
Dewan Perwakilan AS mengundi 245-182 pada lewat Februari untuk menghalang perintah darurat kebangsaan yang diisytihar oleh Trump pada 15 Feb.