Pilihan terbaik untuk anak… Krayon bebas toksik dihasilkan

Pilihan terbaik untuk anak… Krayon bebas toksik dihasilkan

Kebiasaannya krayon mempunyai satu bau yang kurang enak dan ia disebabkan oleh satu toksik namun kini tiada bau lagi dengan hasil ciptaan sendiri

Zaman kecil adalah zaman yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja.

Bila kita semakin berusia kita akan mula terkenang zaman kanak-kanak yang penuh dengan keceriaan dan keindahan bermain bersama kawan-kawan dan adik beradik.

Dan aktiviti mewarna adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh semua orang ketika zaman kanak-kanak tidak kira sama ada menggunakan pensil warna, krayon atau cat warna air.

Namun krayon dilihat paling digemari kerana hasil dan tekstur warna kelihatan lebih cantik.

Krayon pada asasnya adalah daripada lilin berwarna yang digunakan untuk lukisan dan biasanya lebih mudah dan tidak comot untuk mewarna jika dibandingkan dengan cat warna air.

Bagaimanapun semua mengetahui lilin adalah satu bahan yang tidak elok untuk kanak-kanak.

Secara spesifik pada 2015, Kumpulan Tindakan Alam Sekitar Kumpulan Syarikat (EWG) Dana AS mendapati serat asbestos iaitu sejenis bahan toksik terdapat dalam empat jenama krayon kanak-kanak.

Laporan EWG menyatakan bahawa kanak-kanak boleh menghirup gentian semasa menggunakan krayon ketika mewarna.

Dan mana-mana kanak-kanak yang terdedah kepada asbestos ini berisiko mendapat penyakit berkaitan paru-paru yang dipanggil mesothelioma.

Berdasarkan hasil kajian ini membuatkan seorang ibu di Malaysia mencari alternatif menghasilkan krayon sendiri kerana tidak mahu anaknya berdepan dengan risiko tersebut.

Yvonne Kong yang terlalu mengambil berat akan masalah ini memutuskan untuk membuka kedai krayon hasil buatannya sendiri iaitu ChubbyFingersPlay yang ternyata menggunakan bahan yang lebih selamat.

Meskipun beliau sibuk dengan kerjayanya di Firma IT dan tugasnya sebagai seorang ibu namun ia tidak menghalang Yvonne untuk menambah pendapatan dengan kedai krayon miliknya sendiri.

Ternyata hasilnya beliau berjaya mencipta krayon bebas toksik dan selamat digunakan oleh semua kanak-kanak.

Dan apa yang lebih menarik adalah krayon hasil ciptaannya tampil dalam pelbagai bentuk yang comel dan mampu menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.