
Kebanyakan pasangan terutamanya yang baru berkahwin akan mengamalkan perancangan keluarga dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk membantu mereka mencegah kehamilan.
Antara kaedah yang paling terkenal adalah penggunaan kondom.
Namun begitu, terdapat banyak mitos mengenai kondom yang mendatangkan kerisauan kepada individu.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran mitos-mitos ini?
1. Menggunakan dua kondom serentak lebih selamat
Ada individu berpendapat bahawa penggunaan dua kondom serentak lebih selamat dalam mencegah kehamilan atau mencegah penyakit kelamin kerana kononnya ia lebih tebal.
Namun begitu, mitos ini sama sekali tidak benar kerana penggunaan dua kondom serentak hanya akan menyebabkan ia lebih mudah untuk pecah.
2. Saiz kondom adalah tidak penting
Bagi kebanyakan individu, penggunaan kondom sudah memadai jika ia menutupi bahagian depan alat sulit lelaki kerana air mani hanya akan keluar pada bahagian depannya sahaja.
Hakikatnya, ini adalah tidak benar kerana kondom yang terlalu ketat akan mengakibatkannya mudah pecah manakala kondom yang terlalu longgar akan mengakibatkannya mudah tercabut daripada alat sulit lelaki atau air mani keluar melalui bahagian yang longgar.
3. Kondom akan menyekat aliran darah
Penggunaan kondom tidak akan menyekat aliran darah dan mengakibatkan ketidakselesaan pada alat sulit anda.
Ini sama sekali tidak benar kerana kondom boleh meregang sekitar 18 inci dan terdapat pelbagai saiz dan bentuk yang anda boleh cuba.
4. Kondom akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit
Penggunaan kondom tidak akan mengurangkan sensitiviti pada alat sulit lelaki dan juga wanita kerana ia dicipta dengan bahan yang mempunyai tekstur yang lembut.
Sebaliknya, penggunaan kondom mampu membuat lelaki bertahan untuk tempoh yang lebih lama.
5. Anda memerlukan pelincir tambahan
Kebanyakan individu akan menggunakan kondom bersama dengan pelbagai jenis pelincir tambahan seperti minyak lintah, minyak belacak, krim kulit, gincu ataupun vaseline.
Ini sama sekali tidak betul kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan minyak yang boleh menguraikan komposisi kondom lalu mengurangkan keberkesannya.
6. Anda tidak perlu memakai kondom jika pasangan anda sudah mengambil pil
Anda masih perlu memakai kondom walaupun pasangan anda sudah mengambil pil perancang kehamilan.
Ini kerana pengambilan pil yang tidak tepat pada waktu atau muntah selepas mengambil pil akan menjejaskan keberkesannya dalam mencegah kehamilan.
Selain itu, pil juga tidak dapat melindungi anda daripada penyakit kelamin seperti chlamydia, gonorrhea, syphilis, dan trichomoniasis.
7. Kondom tidak diperlukan jika anda melakukan seks oral
Ia mungkin benar dari aspek mencegah kehamilan.
Namun bagi mencegah penyakit, ia adalah tidak tepat.
Ini kerana penyakit kelamin seperti gonorrhoea, chlamydia dan herpes boleh tersebar melalui cara ini.
8. Penggunaan kondom adalah 100% selamat
Kebanyakan individu berpendapat bahawa penggunaan kondom akan memberikan jaminan 100% dalam mencegah kehamilan atau penyakit.
Ini tidak benar kerana ada kondom yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti yang dijual oleh pengeluar yang tidak berdaftar.
Selain itu, kondom juga boleh hilang fungsi jika ia:
- Digunakan selepas tarikh luput
- Telah rosak ketika pembuatan
- Salah tempat penyimpanan
- Salah cara penggunaan
- Dipakai berulang kali
- Dibuka dengan menggunakan objek tajam seperti kuku atau jarum yang boleh menyebabkan ia berlubang
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]