Kapal terbang paling comel ‘Airbus Beluga XL’ menjadi tarikan umum

Kapal terbang paling comel ‘Airbus Beluga XL’ menjadi tarikan umum

Kapal terbang comel ini bukan untuk komersil sebaliknya untuk mengangkut barang besar seperti kapal terbang lain

Mesti tiada siapa pun pernah terfikir akan wujudnya kapal terbang paling comel.

Rupa dan bentuknya yang berjendul membuatkan kapal terbang yang dipanggil Airbus Beluga XL menjadi tarikan umum.

Perkataan Beluga berasal daripada Rusia yang membawa maksud Beluga Whale atau ikan Paus Putih.

Disebabkan reka bentuk kapal terbang ni seakan-akan seekor ikan Paus Putih membuatkan nama itu terus melekat dengan panggilan Airbus Beluga XL.

Kali pertama Airbus Beluga XL terbang di udara adalah pada 2018 di Perancis.

Sehingga kini Airbus Beluga XL belum lagi boleh beroperasi secara rasmi dan masih lagi dalam proses percubaan terakhir.

Sebenarnya, Airbus Beluga XL bukan penerbangan komersial yang boleh dinaiki untuk travel ke negara-negara luar sebaliknya Airbus Beluga XL ni akan digunakan sebagai kapal terbang kargo, untuk bawa barang-barang yang besar, antaranya seperti kapal terbang yang besar juga boleh dibawa oleh Airbus Beluga XL ni.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.