Bila mengimbau zaman kecil dahulu, aiskrim Malaysia antara pencuci mulut yang wajib dibeli.

Sebatang aiskrim memang tak cukup!
Macam-macam perisa dijual dengan harga serendah 20 sen saja dulu namun kini mungkin agak mahal sedkit iaitu sekitar 50 sen.
Kini, aiskrim Malaysia masih lagi dijual tapi rakyat Malaysia semakin kreatif dengan menampilkan pelbagai perisa yang lebih menarik dan sedap.
Terbaru aiskrim Malaysia menggunakan resepi cheese.
Mungkin ada yang suka dan tidak kurang juga mengatakan kenapa semua makanan perlu diletakkan cheese.
Apa pun ia terpulang kepada selera dan tekak masing-masing.
Berikut resepi perisa aiskrim Malaysia very cheese.
• 1 tin susu cair
• 1 tin susu pekat
• 3 tin air
• 4 atau 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
• 2 hingga 3 sudu tepung jagung
• 50 gram tatura cream cheese
• Secubit garam
• Filling blueberry dan strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap)

1. Masak semua bahan di atas kecuali cream cheese menggunakan api yang sederhana.
2. Apabila dah mengelegak, masukkan cheese. Tutup api.
3. Biarkan sehingga bancuhan menjadi suam, kemudian blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus, tapis bancuhan tersebut.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim yang dah ada filling di dalamnya. Ikat dan bekukan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]