
Beliau berkata, kerajaan akan tentukan sama ada subsidi itu diberi dalam bentuk wang tunai atau rebat semasa membeli minyak.
“Kita akan kaji dan buat projek perintis sebelum kita laksanakan program ini di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di ruang legar Parlimen.
Chong berkata, kerajaan juga mengkaji bentuk subsidi untuk sebahagian penduduk luar bandar.
“Umpamanya di Sarawak, ramai tidak naik kereta tetapi guna bot sebagai pengangkutan harian utama mereka.
“Mereka juga kita pertimbangkan kita untuk menerima subsidi bersasar,” katanya.
Pertimbangan juga diberi kepada mereka yang tinggal di rumah panjang dan pedalaman yang guna diesel untuk menjana elektrik.
Sebelum itu, Chong memberitahu Dewan Rakyat mekanisme tersebut belum dimuktamadkan.
Beliau berkata, pihaknya bersama Kementerian Kewangan, masih mengkaji mekanisme yang dicadangkan beberapa pihak untuk dilaksanakan.
Beliau menjawab soalan tambahan Salim Sharif (BN-Jempol) yang minta penjelasan berkenaan keberkesanan mekanisme yang dicadangkan kepada masyarakat pedalaman.
November lalu, Menteri Saifuddin Nasution Ismail optimis pelaksanaan sistem kad khas dalam menyalurkan subsidi petrol secara bersasar akan dimuktamadkan hujung bulan lepas.