
KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 sekolah ditutup hari ini berikutan pencemaran kimia minggu lalu, menyebabkan 207 murid, guru dan kakitangan dirawat akibat keracunan.
Pihak berkuasa percaya keracunan tersebut berpunca daripada sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai berdekatan beberapa sekolah di Pasir Gudang, Johor.
“Hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal,” kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Facebook.
Bilangan mereka yang dirawat hari ini meningkat kepada 207, berbanding 35 minggu lalu.
Hingga Isnin lalu, 44 orang, termasuk 33 pelajar, dimasukkan ke hospital, 6 daripada mereka diletakkan di bawah penjagaan rapi.
“Saya mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta,” katanya.