Langkawi adalah antara destinasi pelacongan dalam negeri yang menjadi kegemaran ramai.

Terkenal dengan gelaran ‘Pulau Helang’ Langkawi sememangnya memenuhi kehendak dalam melakukan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada aktiviti air, pantai, hiburan, menikmati keindahan, bersiar-siar serta membeli-belah.
Antara salah satu tempat yang menarik begitu ramai pengunjung sudah tentunya perkhidmatan kereta kabel SkyCab Langkawi.
Namun, ada berita kurang baik untuk mereka yang merancang untuk ke Langkawi pada 1 April ini.
Operasi SkyCab akan ditutup buat sementara waktu kepada orang awam selama 14 Hari bermula 1 April untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Penutupan setahun sekali ini turut membabitkan SkyBridge, jambatan gantung di gunung Machincang serta SkyGlide, kabin bergerak yang akan memudahkan perjalanan anda ke SkyBridge.
Notis penutupan sementara itu dikeluarkan di laman web rasmi Panorama Langkawi.
Sehubungan bagi sesiapa yang merancang untuk berjalan di atas SkyBrigde perlu ditunda namun aktivit tempat lain masih berjalan seperti biasa.
Ia termasuklah seperti SkyDome, 6D Cenimotion, SkyBoutique, 3S Art Langkawi, Time Travel, SkyAdventure Park dan One Stop Center.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]