
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Nizar Zolfakar dalam kenyataan ringkas berkata tiada syarikat penerbangan Malaysia mengendalikan Boeing 737 MAX 8.
“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, dengan serta-merta, menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8 yang terbang ke atau dari Malaysia dan transit di Malaysia sehingga diberitahu kelak.”
Perkembangan ini menyusuli langkah sama di beberapa negara lain termasuk Singapura, China, Indonesia, Rusia dan Amerika Syarikat selepas pesawat Syarikat Penerbangan Ethiopia terhempas dan 157 penumpangnya maut pada Ahad.
Pesawat ke Nairobi itu adalah jenis yang sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas pada Oktober dan 189 penumpangnya maut.
Terdapat lebih 300 737 MAX 8 sedang berkhidmat di serata dunia.