Indonesia gantung sementara operasi Boeing 737 Max

Indonesia gantung sementara operasi Boeing 737 Max

Syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan pesawat jenis itu ketika ini ialah PT Garuda Indonesia (1 pesawat) dan PT Lion Air sebanyak 10 pesawat.

Pesawat jenis Boeing 737 Max milik Lion Air Indonesia terhempas pada 29 Okt tahun lepas. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Kerajaan Indonesia menggantungkan sementara semua penerbangan pesawat jenis Boeing 737-8 Max milik syarikat penerbangan negara itu, mulai hari ini, sehingga pemeriksaan dilakukan.

Kementerian Perhubungan Indonesia, dalam satu kenyataan malam tadi, berkata ia berikutan kejadian terbaharu pesawat jenis itu, milik Ethiopian Airlines yang terhempas Ahad lalu dan mengorbankan 149 penumpang dan anak kapal.

Pesawat jenis sama milik Lion Air terhempas pada 29 Okt tahun lepas, yang mengorbankan 189 penumpang dan anak kapal, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Menurut kementerian itu, pemeriksaan akan bermula hari ini dan semua pesawat itu tidak dibenarkan melakukan penerbangan sehingga mendapat kelulusan pengawal penerbangan.

Syarikat penerbangan Indonesia yang menggunakan pesawat jenis itu ketika ini ialah PT Garuda Indonesia (sebuah pesawat) dan PT Lion Air sebanyak 10 pesawat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.