Semangat kental membolehkan gadis hilang upaya bercakap pulih selepas nyanyi lagu Beatles

Semangat kental membolehkan gadis hilang upaya bercakap pulih selepas nyanyi lagu Beatles

Hilang keupayaan bukan penghalang untuk mencari jalan penyelesaian dan terbukti ia mampu dirawati.

Ajaib! Itulah yang dapat disimpulkan dengan nasib seorang guru yang secara tiba-tiba hilang upaya bertutur selepas diserang satu penyakit saraf serius dapat bercakap semula.

Amelia-Rose Hamilton, 27, yang diajar menyanyi sebuah lagu popular kumpulan Beatles berjaya merawat penyakit misterinya itu.

Dia mula diserang migrain hemiplegik sejak tiga minggu lalu sebelum tiba-tiba lupa nama sendiri, tidak mampu bercakap dan berada dalam kekeliruan sejak 2 Mac lalu.

Bagaimanapun, dengan bantuan bekas pensyarah muziknya, Professor Grenville Hancox yang membawa gitar ketika melawat Hamilton di hospital, wanita muda itu kembali bersuara dengan menyanyikan lirik lagu berjudul Yesterday di Hospital Pembury di Kent, Britain.

“Saya merasakan seperti kabus tebal yang menyelubungi otak sudah hilang.

“Kesukaran bercakap dan kekeliruan itu mula hilang dan saya nampak satu laluan jelas.

“Saya mahu menyanyi dan otak saya lakukan selebihnya,” kata Hamilton.

Doktor mulanya menyangkakan Hamilton mengalami strok tetapi kemudian disahkan mengalami migran hemiplegik.

Kakitangan hospital terkejut apabila wanita muda itu mampu menyanyi dengan lirik tepat selepas empat hari membisu.

Hamilton pernah berdepan kesukaran bersuara sejak berumur 8 tahun disebabkan penderaan.

Masalah itu selesai sewaktu dia bertemu Hancox di universiti.

Pensyarah muzik itu kemudian berjaya memulihkan kemampuan Hamilton untuk bercakap pada ketika itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.