Penyakit misteri bebani kanak-kanak 2 tahun terpaksa sedut lemak berlebihan

Penyakit misteri bebani kanak-kanak 2 tahun terpaksa sedut lemak berlebihan

Limfedema penyebab kanak-kanak mempunyai lemak berlebihan di beberapa bahagian badan.

Kanak-kanak yang berusia 2 tahun sudah tentu sedang seronok bermain dan lincah seiring dengan usianya.

Namun keadaan ini berbeza buat budak perempuan berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat apabila dia terpaksa berdepan kesulitan pergerakan apabila tangannya membengkak.

Penyakit pelik yang dihadapi Cora Ruben adalah sejenis penyakit limfedema yang menyebabkan beberapa bahagian badan tertentu membengkak akibat pengumpulan cecair limfa dan lemak.

Keadaan itu sudah pasti menyebabkan tangannya tidak dapat digerakkan untuk memegang atau mengangkat objek.

Baru-baru ini ibu bapanya, Kasey dan Brett Ruben membawa Cora berjumpa Profesor Dr. Etelka Foldi di Klinik Foldi di Hinterzarten, Jerman.

Doktor berkenaan mencadangkan anak mereka menjalani prosedur menyedut lemak pada bahagian tangannya.

“Foldi memaklumkan tangan Cora cuma mengandungi 20 peratus cecair limfa dan 80 peratus lagi adalah lemak.

“Selepas menjalani pembedahan itu, tangan Cora sudah lembut dan mampu memegang objek,” kata Kacey.

Walaupun tangan gergasi Cora paling jelas kelihatan disebabkan penyakitnya itu, namun Kacey memaklumkan anaknya turut mempunyai bengkak serupa pada seluruh badannya termasuk pada perut dan kakinya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.