Adalah lumrah untuk seorang wanita sukakan kecantikan.

Namun ada juga wanita yang terlalu taksub terhadap kecantikan sehingga sanggup melakukan atau makan apa sahaja semata-mata mahu kelihatan cantik.
Ketaksuban inilah membuka peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menghasilkan pelbagai ubat-ubatan yang diragui keselamatannya.
Seorang gadis berkongsi pengalaman, gara-gara terlalu taksub dengan jamu dan kolagen sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 7cm.
Menurutnya, sebelum berkahwin gemar mencuba pelbagai jenis jamu dan kolagen untuk kesihatan badan.
Akibat daripada pengambilan tanpa memeriksa sama ada mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan atau tidak gadis itu kerap berulang alik ke tandas untuk membuang air kecil.
Apabila gadis itu merujuk kembali kepada penjual jamu, jawapan yang diberikan “perkara itu adalah biasa”.
Namun selepas empat bulan pengambilan kolagen, dia mendapati darah haid menjadi banyak dan berlarutan sehingga 16 hari.
Ketika proses imbasan di klinik swasta, doktor memberitahu ada fibroid di bahagian rahim sebesar 5cm.
Katanya lagi, selepas dimasukkan ke wad akibat demam panas dia menjalani pembedahan membuang fibroid yang semakin membesar sehingga 7cm.
Menurut doktor, fibroid tersebut menutup rahim sehingga menyebabkan kesukaran mengandung dan pendarahan yang banyak.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]