
Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata mereka diberi hingga Isnin untuk keluar dengan barang-barang sekali.
“Tapi ini hanya untuk mereka yang telah setuju dengan syarat-syarat kami,” katanya kepada FMT.
Unit-unit pangsapuri PPR, yang disewakan pada RM124 sebulan, ditawarkan kepada golongan berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah.
Mereka dikeluarkan pada Rabu selepas lanjutan 1 minggu diberikan dalam cubaan sebelum ini.
Mereka dikeluarkan kerana lama tidak membayar tunggakan sewa, berpendapatan melebihi takat yang dibenarkan untuk unit PPR, atau mempunyai suami atau isteri warga asing.
Mereka diberi peringatan berulang kali sejak 6 bulan lalu.
Bagaimanapun, barang-barang mereka masih ada dalam rumah kerana mereka mendakwa tidak diberi masa untuk mengosongkan kediaman.
Beberapa orang membantah pengusiran itu dan menunjuk perasaan aras bawah Komtar.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, kecewa pihak tertentu mendakwa pengusiran tersebut atas sebab-sebab perkauman, sedangkan kerajaan hanya menguatkuasakan undang-undang.
Beliau berkata, jika tiada tindakan diambil ke atas penghuni tidak layak itu, kerajaan negeri akan ditegur ketua audit negara kerana tidak menguruskan PPR dengan baik.
Pihak audit persekutuan pernah mengeluarkan kenyataan negatif mengenai pengurusan PPR oleh kerajaan negeri.
“Malah, ketua audit negara menyoal mengapa PPR tidak patuh piawaian, seperti membenarkan mereka yang tidak layak tinggal di situ,” katanya.
Sementara itu, Exco Abdul Halim Hussain menawarkan penginapan di hotel kepada 6 atau 7 keluarga yang menunjuk perasaan di Komtar tetapi tawaran ditolak.
Beliau berkata penunjuk perasaan masih mahu kembali ke PPR itu.