G-Shock lancar 4 koleksi sekaligus sempena ulang tahun Gundam Ke-40

G-Shock lancar 4 koleksi sekaligus sempena ulang tahun Gundam Ke-40

Peminat G-Shock pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki koleksi terbaru Gundam

Buat pengumpul dan penggemar koleksi jam tangan G-Shock, ada satu lagi kejutan istimewa buat peminat setia koleksi ini.

G-Shock kali ini bekerjasama dengan pengeluar francais robot popular Jepun, Gundam bersempena dengan ulang tahun ke-40.

Sehubungan itu, koleksi kali ini akan hadir bersama rekaan yang menampilkan elemen robot Gundam paling popular.

Ada 4 koleksi semuanya iaitu RX-78-2 Gundam, RX-0 Unicorn Gundam, RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dan RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee.

Harga? Tiga koleksi iaitu RX-0 Unicorn Gundam, RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dan RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dijual antara 1,090 Yuan/18,000 Yen iaitu sekitar RM655.

Model RX-78-2 Gundam G-Shock dijual lebih tinggi iaitu sekitar 1,390 Yuan/23,000 Yan atau RM830.

Jika anda yang berminat, koleksi terhad ini hanya boleh ditempah menerusi laman web Taobao.com.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.