Colombia: Bom punca saluran paip minyak mentah Trasandino terbakar

Colombia: Bom punca saluran paip minyak mentah Trasandino terbakar

Serangan berlaku di wilayah Narino di barat negara itu, berhampiran sempadan Ecuador.

Beberapa puluh serangan dilakukan terhadap saluran paip minyak Colombia pada tahun ini. (Gambar Reuters)
BOGOTA:
Bom menyebabkan kebakaran pada sebahagian saluran paip minyak mentah Trasansdino pada Rabu, kata syarikat minyak Colombia, Ecopetrol. Ia merupakan serangan ke-4 terhadap saluran paip itu tahun ini.

Serangan bom tersebut berlaku di wilayah Narino di barat negara itu, berhampiran sempadan Ecuador, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Saluran paip berkenaan tidak menyalurkan minyak pada waktu serangan, dan syarikat sedang berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku.

Beberapa puluh serangan dilakukan terhadap saluran paip minyak Colombia pada tahun ini.
Saluran paip minyak Cano Limon sepanjang 485 batu (780 km) ditutup pada hampir keseluruhan tahun lepas akibat lebih 80 serangan yang dilancarkan ke atasnya.

Walaupun Ecopetrol tidak menamakan kumpulan bertanggungjawab, pemberontak beraliran kiri, Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN), yang dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, kerap menyerang infrastruktur minyak di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.