
Anda mungkin pernah terdengar bahawa terdapat posisi seks tertentu yang meningkatkan lagi peluang untuk hamil.
Bunyinya seakan-akan petua lapuk tetapi kajian mendapati terdapat beberapa posisi seks yang dapat meningkatkan peluang untuk hamil kerana kelebihan posisi tersebut yang menggalakkan tusukan yang lebih mendalam.
Apakah antara posisi yang mempunyai potensi kehamilan paling tinggi?
Posisi missionary dan doggy adalah jawapan yang anda cari.
Melalui ujian imbasan, posisi ini membolehkan penghujung zakar menyentuh atau berada di hadapan pembukaan pangkal rahim.
Ini bermaksud sperma lebih mudah untuk masuk ke dalam rahim kerana jarak yang lebih dekat sekaligus meningkatkan peluang untuk hamil.
Menggunakan logik ini, posisi lain seperti berdiri atau si wanita berada di atas mungkin mempunyai impak yang sama namun tiada kepastian untuk posisi ini kerana tidak ada ujian atau kajian yang melihat kelebihan posisi ini.
Perlukah anda capai kemuncak untuk hamil?
Jelasnya, lelaki perlu mencapai kemuncak untuk seorang wanita itu hamil namun ianya tidak berapa jelas sama ada wanita perlu atau tidak mencapai kemuncak untuk hamil.
Hal ini kerana kemuncak dalam seorang wanita tidak membantu sperma atau ovum bertemu.
Walaupun kontraksi rahim dapat membantu menolak sperma ke dalam rahim, tanpa kemuncak, kontraksi ini tetap berlaku.
Jadi untuk seorang lelaki, kemuncak itu perlu manakala untuk wanita, ianya tidak.
Apakah posisi untuk mendapat jantina tertentu?
Persoalan ini hanya wujud dalam petua dan kisah orang lama.
Umumnya, dipercayai bahawa untuk mendapatkan bayi perempuan, wanita perlu berada di atas dan sebaliknya untuk lelaki.
Perlukah si wanita terus baring selepas melakukannya?
Sperma akan berada di sekitar pangkal rahim lebih lama jika anda terus baring berbanding anda terus berdiri selepas melakukannya.
Bagaimanapun, dengan setiap orgasme lelaki, jutaan sperma akan dilepaskan dan walaupun anda berdiri selepas melakukannya, bekalan sperma masih banyak.
Umumnya, pasangan berupaya untuk mendapat kehamilan jika mereka melakukan seks tanpa alat pencegah kehamilan, dengan kerap, selama setahun.
Sehubungan itu, melakukan seks dengan lebih kerap akan meningkatkan lagi kemungkinan untuk hamil.
Jika tidak hamil selepas setahun atau memiliki sejarah penyakit yang mempengaruhi kesuburan anda, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaian.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]