Lelaki miliki satu testis bukan penyebab tidak subur

Lelaki miliki satu testis bukan penyebab tidak subur

Bukan masalah testis tetapi kuantiti sperma adalah peranan utama kesuburan.

Masalah kesuburan sering menjadi topik utama dan menghantui mereka yang masih belum mendapat zuriat.

Masalah ini bukan sahaja menjadi igauan perempuan malah kadar ketidaksuburan dalam kalangan lelaki juga semakin meningkat.

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran kaum lelaki adalah punca yang menyebabkan berlakunya ketidaksuburan termasuklah mempunyai hanya satu testis.

Persoalannya adakah benar dengan hanya mempunyai satu testis bakal merencatkan pengembangan zuriat ?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Bagaimanakah mengukur tahap kesuburan seseorang lelaki?

Menurut pakar, lelaki itu akan dianggap subur, jika lelaki menghasilkan sperma yang sihat (sel yang dihasilkan organ seks lelaki boleh bergabung dengan telur wanita).

Sekurang-kurangnya satu daripada dua testis lelaki mesti berfungsi sebetulnya dan menghasilkan testosteron serta hormon lain yang boleh menggalakkan penghasilan sperma.

Sperma dikeluarkan melalui air mani (cecair berwarna seakan keputihan yang mengandungi sperma).

Sehubungan itu kandungan sperma di dalam air mani perlu mencukupi dan jika ia rendah, peluang pasangan untuk hamil juga adalah rendah.

Kiraan sperma akan dianggap rendah jika ia kurang daripada 15 juta bagi setiap mililiter air mani atau jika ia kurang daripada 39 juta bagi setiap ejakulasi.

Sperma juga perlu berfungsi dengan normal, jika tidak sperma tidak akan mampu untuk berenang menuju ke telur pasangan.

Nombor tidak penting

Fungsi utama organ seks lelaki dalam sistem reproduktif mereka adalah menghasilkan, mengekalkan dan menggerakkan sperma.

Banyak kajian yang menunjukkan bilangan penghasilan sperma berbeza mengikut saiz testis, namun secara puratanya sperma akan dihasilkan sebanyak 85 juta sehari bagi satu testis.

Ini menunjukkan bahawa jika anda mempunyai hanya satu testis yang sihat, sistem reproduktif anda masih boleh berfungsi dengan normal.

Sperma yang sihat datangnya daripada individu yang sihat

Perkara yang paling penting untuk diketahui adalah kesihatan sperma sangat berkait rapat dengan kesihatan seluruh tubuh badan anda.

Bagi mendapatkan sperma yang sihat, anda seharusnya mengamalkan diet yang seimbang, bersenam, mendapatkan sinaran matahari yang diperlukan untuk kulit anda serta mengelakkan diri daripada tabiat buruk seperti merokok, minum alkohol atau mengambil dadah.

Kesemua ini akan mendatangkan impak terhadap kesihatan sperma dan anda secara umumnya.

Jika anda seorang yang obesiti, anda berisiko mengalami beberapa masalah berkaitan hormon anda yang seterusnya akan memberi kesan kepada kesihatan sperma.

Dengan adanya teknologi moden yang terkini, anda tidak perlu risau jika anda mempunyai hanya satu testis.

Selagi anda masih mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda masih berpeluang untuk bergelar seorang bapa.

Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.