Pelik…‘pulau hantu’ muncul di kawasan salji

Pelik…‘pulau hantu’ muncul di kawasan salji

Pulau gergasi digelar ‘pulau hantu’ muncul di kawasan berais.

Satu fenomena alam pelik dirakam di Finland minggu lalu sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi foto yang tular, ia memaparkan sebuah pulau gergasi muncul secara tiba-tiba di kawasan ais.

Malah, tiada sebarang aktiviti gunung berapi di kawasan itu sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kewujudan pembentukan batu seperti pulau secara tiba-tiba.

Kebanyakan pelayar Twitter yang menyifatkannya sebagai pulau hantu mengakui kagum melihat kejadian alam itu.

Foto tular itu pada mulanya dimuat naik oleh seorang pengawal sempadan di Lapland.

Menurut lelaki itu, kawasan itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau perubahan sehinggalah pulau itu muncul secara tiba-tiba.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

https://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=7VV8wAB8tek

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.