
Menterinya, Maszlee Malik berkata, mereka ialah pelajar daripada keluarga berpendapatan 40% terendah (B40), orang kelainan upaya, Orang Asli dan atlet.
“Golongan ini tidak perlu bersaing dengan kumpulan calon arus perdana dan hanya perlu memenuhi syarat khas ditetapkan universiti dipilih dan akan bersaing dalam kalangan kelompok mereka sendiri sahaja.
“Polisi ini adalah manifestasi kepada konsep ‘pendidikan untuk semua’ yang bertunjangkan falsalah ‘peluang saksama’,” katanya ketika berucap merasmikan program “Jom Masuk IPT 2019” di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, hari ini.
Penganjuran program itu sejajar pembukaan permohonan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam yang bermula 25 Februari lalu hingga 2 April ini secara dalam talian di http://upu.mohe.gov.my.