Pilihan raya presiden Nigeria, Atiku Abubakar tolak kemenangan Buhari

Pilihan raya presiden Nigeria, Atiku Abubakar tolak kemenangan Buhari

Calon yang tewas, Atiku Abubakar Beliau menyifatkan pilihan raya itu sebagai 'palsu' dan berikrar membawa kes itu ke mahkamah.

Presiden Muhammadu Buhari yang mendapat 15.2 juta undi berbanding Atiku Abubakar sebanyak 11.3 juta berkata, proses pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil. (Gambar AFP)
ABUJA:
Calon yang tewas pada pilihan raya presiden Nigeria, Atiku Abubakar menolak keputusan yang diumumkan dan mengatakan “era pemerintahan diktator tentera kembali semula”.

Beliau menyifatkan pilihan raya itu sebagai “palsu” dan berikrar untuk membawa kes terbabit ke mahkamah.

Presiden Muhammadu Buhari, yang berjaya dipilih semula berkata pada Sabtu, proses pilihan raya yang baru sahaja berakhir itu dijalankan secara bebas dan adil.

Beliau memperoleh 15.2 juta undi, manakala Abubakar 11.3 juta.

Abubakar, 72, berkata, berdasarkan jumlah keluar mengundi yang rendah hanya kira-kira 35.6%, beliau mendakwa tentera dihantar ke kubu kuat Parti Demokrat Rakyat (PDP) bagi menghalang penyokongnya mengundi.

Menurutnya perancangan dibuat kerana jumlah keluar mengundi di negeri yang tiada kekacauan amat rendah, sebaliknya negeri sering dilanda keganasan iaitu di kubu kuat Buhari, jumlah pengundi adalah tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.