
Peguamnya, Mat Yunus Shariff memberitahu Majistret, Umzarul An-Nur Umar yang Jabatan Peguam Negara sudah menerima representasi anak guamnya untuk menggugurkan kes itu.
Perkara itu disahkan timbalan pendakwa raya, Nadia Zulkefli.
Pada 8 April 2016, bekas ahli Parlimen Pandan itu mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015″ di Facebooknya pada 9 Februari 2016.
Artikel itu didakwa mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 25 September lalu, Rafizi diperintahkan membela diri yang dijadualkan bermula hari ini, selepas Umzarul mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.