
Katanya, pelantikan kesemua anggota RCI tersebut sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan beliau akan menemui mereka minggu depan untuk taklimat memulakan tugas.
“Siasatan akan ambil masa 6 bulan dan laporan lengkap akan diserahkan kepada kementerian saya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program derma darah anjuran Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation dengan kerjasama Pusat Darah Negara, di sini, hari ini.
Pada Mei 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.