
CHANDIGARH: Tiga belas orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas sebuah trak yang dipandu laju merempuh rombongan pengantin sedang berarak dalam satu kejadian di Rajasthan, India pada Isnin, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Polis melancarkan gerakan mengesan pemandu trak berkenaan yang melarikan diri sejurus kejadian berlaku di daerah Pratapgarh.
“Trak terbabit merempuh perarakan perkahwinan, 9 maut di tempat kejadian dan selebihnya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital,” kata pegawai daerah Shyam Singh Rajpurohi.
“Nahas itu amat menyedihkan…ramai yang terkorban. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh,” kata Ketua Menteri Rajasthan, Ashok Gehlot dalam Twitternya.