
Penduduk berhimpun sambil melaungkan slogan yang diselitkan dengan sentimen anti-Amerika Syarikat.
Di ibu negara Tehran, orang ramai berhimpun di jalanan sambil melaungkan slogan anti-AS dan anti-Israel serta membawa gambar Ayatullah Ruhullah Khomeini, pengasas republik Islam dan penggantinya Ayatullah Ali Khamenei.
Demonstrasi kali ini disusuli bantahan terhadap tindakan AS menarik diri perjanjian nuklear Iran pada Mei lalu selain mengenakan semula sekatan ke atas negara terbabit.
Khamenei mahu sambutan kali ini menjadi satu perhimpunan besar-besaran untuk mengecam langkah AS “bermusuhan” dengan republik Islam.
Revolusi 1979 menyaksikan pemimpin rejim Shah, Mohammad Reza Pahlavi yang didukung AS digulingkan, sekaligus membawa negara itu berada di bawah pimpinan Khomeini, satu peristiwa yang menjadi detik perubahan dalam sejarah Iran.