Militan disokong AS siap sedia serang kawasan IS di Syria

Militan disokong AS siap sedia serang kawasan IS di Syria

Angkatan Demokrasi Syria (SDF) mengepung kubu terakhir IS di tebing timur Sungai Euphrates.

(Gambar AFP)
QAMISHLI:
Angkatan Demokrasi Syria (SDF) yang disokong Amerika Syarikat bersiap sedia menyerang kawasan terakhir IS dalam wilayah operasinya sebaik sahaja orang-orang awam dipindahkan, kata jurucakap militan itu.

Kawasan IS di sekitar pekan Baghouz, yang terletak di tebing timur Sungai Euphrates, sudah terkepung dan merupakan kubu terakhir IS di kawasan operasi militan yang disokong IS.

Ketua pejabat media SDF, Mustafa Bali tidak beritahu bila pemindahan orang-orang awam akan selesai.

Kebanyakannya adalah ahli keluarga militan IS.

“Sudah tentu ada laluan selamat dan orang awam keluar melaluinya setiap hari, dan ini mengurangkan jumlah orang awam di Baghouz sehingga kita dapat pastikan tiada lagi orang awam di pekan itu.

“Kami akan lancarkan serangan untuk mengakhiri IS atau mereka serah diri. Tiada pilihan lain untuk mereka. Kami sahkan tiada rundingan diadakan dan tiada niat untuk mengadakan rundingan,” kata Bali semalam.

Amerika Syarikat pada 29 Januari berkata IS dijangka kehilangan kawasan terakhirnya dalam masa beberapa minggu ini.

SDF, yang disokong oleh angkatan yang dipimpin AS, menewaskan IS di serata utara dan timur Syria.

Selepas mengusir militan IS daripada ibu pejabat di Raqqa pada Oktober 2017, SDF mara ke selatan menuju wilayah Deir al-Zor dan menggempur militan di tebing timur Sungai Euphrates.

IS masih bertahan di satu kawasan di tebing barat Euphrates manakala kawasan-kawasan lain dikawal kerajaan Syria dan sekutunya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.