Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Seram, Indonesia

Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Seram, Indonesia

Jabatan Meteorologi memaklumkan gempa dengan kedalaman 10km melanda Seram pada 3.36 petang.

KUALA LUMPUR:
Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter direkodkan melanda Seram, Indonesia pada 3.36 petang tadi.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 10km itu dilaporkan berlaku di 252km selatan dari Sorong, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia direkodkan setakat ini, menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.