
Ketua Pengarah Datuk Ahmad Ishak, berkata program itu diadakan di 748 pasar tani di seluruh negara bermula 31 Januari hingga 4 Februari.
“Keunikan yang ditampilkan selain harga lebih murah berbanding harga pasar awam, antaranya jualan kepelbagaian barang, barang segar dibawa terus dari ladang seperti ikan-ikan segar, daging, ayam dan sayur-sayuran.
“Jadi mana-mana yang ingin mendapatkan bekalan untuk Tahun Baru Cina boleh mendapatkannya,” katanya kepada FMT.
Fama menyasarkan seramai 1,000 pengunjung akan ke setiap pasar tani sehari. Ahmad berkata program jualan murah seperti ini diadakan pada setiap Aidilfiri.
“Kira-kira 748 000 orang akan hadir,” katanya.
Selain jualan barangan segar, Ahmad menggesa rakyat melihat buah-buahan yang dijual di pasar tani Fama.
“Pelbagai jenis durian ditawarkan seperti Musang King D197 dijual RM25 sekilogram dan nenas, betik, dan buah naga juga ada dijual,” katanya,