
JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.1 magnitud dikesan berdekatan Sumatera, Indonesia pada kedalaman 10km hari ini, kata agensi Amerika Syarikat, Kajian Geologi AS (USGS).
Agensi Indonesia, Badan Nasional Menghadapi Bencana (BNPB) berkata tidak ada laporan kerosakan setakat ini dan tiada potensi tsunami.
Bacaan awal USGS mencatatkan gempa tersebut berlaku pada kedalaman 38km.