
Katanya, pimpinan PKR dan PH juga perlu menjadikan kekalahan semalam sebagai peringatan untuk lebih peka terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.
Presiden PKR itu berkata, partinya menerima keputusan PRK itu dan mengucapkan tahniah kepada Ramli Mohd Nor yang dipilih sebagai ahli Parlimen.
“PKR mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah mengendalikan PRK Cameron Highlands dengan baik, terutama dari sudut pengurusan aduan awam serta pengumuman keputusan yang awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Calon BN, Ramli yang meraih 12,038 undi menewaskan calon PH, M Manogaran yang mendapat 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing memperoleh 314 serta 276 undi.
BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan kelebihan 3,238 undi, majoriti ke-2 tertinggi dimenangi BN selepas 2004, apabila calon MIC, S K Devamany mengalahkan calon DAP, J Apalasamy dengan majoriti 6,260 undi.
Ramli turut mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.