
Katanya, tindakan Musbah itu lebih lebih bermatlamatkan kepentingan diri beliau.
“Keputusan Musbah menyertai Warisan berlawanan dengan keputusan bersama semua bekas wakil rakyat Umno sewaktu kami mengisytiharkan keluar parti.
“Tindakan itu jelas menunjukkan beliau tidak berprinsip dan tiada pendirian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Musbah, yang merupakan bekas timbalan ketua Umno bahagian Kota Belud, adalah seorang daripada 9 Adun Umno yang keluar parti itu awal bulan lepas. Mereka mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas.

Hajiji, yang merupakan Adun Sulaman berkata, walaupun Musbah berhak membuat keputusan itu, namun ia tidak menggembirakan rakyat.
“Saya percaya rakyat akan menolak dan menghukum pemimpin sedemikian dalam pilihan raya negeri akan datang.”
Beliau juga percaya Musbah akan menyesali langkah itu kerana ia bertentangan dengan aspirasi rakyat yang menyokong dan mengundi beliau sebelum ini.
Hajiji berkeyakinan akan menawan semula kerusi yang dimenangi oleh bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang kini menyertai Warisan dan parti lain.