
Memetik sumber, laporan itu berkata Putrajaya sedang mencari kontraktor baru untuk membina ECRL tetapi pada harga separuh daripada kos projek yang dianggarkan RM81 bilion.
Kerja-kerja pembinaan laluan kereta api sepanjang 688km yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat Semenanjung ditangguhkan pada Julai lepas ketika kerajaan mengkaji semula projek-projek mega pentadbiran lepas.
Laporan ST berkata sejak itu rundingan untuk mengurangkan kos projek – yang ditetapkan pada RM55 juta semasa rancangan dilancarkan pada November 2016 diteruskan dengan CCCC.
Penasihat kerajaan, Tun Daim Zainuddin mengetuai rundingan itu.
Laporan berkata kos maksimum yang ditetapkan Putrajaya adalah RM40 bilion dan meminta lebih banyak produk dan perkhidmatan tempatan dimasukkan dalam kerja-kerja pembinaan.
CCCC bagaimanapun tidak dapat memenuhi syarat-syarat itu, menyebabkan rundingan dihentikan.
ST menunggu jawapan daripada CCCC.
Bagaimanapun, Malay Mail melaporkan Daim hari ini berkata Malaysia dan China masih lagi berbincang mengenai projek ECRL.
“Rundingan ECRL masih berjalan. Kami berharap ia dapat dimuktamadkan secepat mungkin,” kata Daim pada sidang media selepas dialog Perwira anjuran Kementerian Pertahanan hari ini.