Mayat dijumpai dalam SUV ditarik dari laut ke Jambatan Pulau Pinang

Mayat dijumpai dalam SUV ditarik dari laut ke Jambatan Pulau Pinang

Mayat dipercayai milik pelajar kolej swasta, Moey Yun Peng akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Pasukan operasi berjaya mengikat Mazda CX-5 sebelum ditarik ke atas Jambatan Pulau Pinang. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Usaha mengangkat keluar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut Ahad lalu berjaya, apabila sebahagian daripada badan kenderaan itu timbul di permukaan laut 5.45 petang tadi.

Pasukan operasi yang terdiri daripada 40 penyelam dari pelbagai agensi berjaya mengikat Mazda CX-5 itu sebelum ditarik ke atas jalan di Jambatan Pulau Pinang pada 6.07 petang, selepas bertungkus lumus menjalankan operasi itu sejak semalam.

Bernama difahamkan satu mayat dipercayai Moey Yun Peng, 20, pelajar kolej swasta di sini, ditemui di tempat duduk pemandu kenderaan, sejurus pemeriksaan dilakukan polis.

Anggota pasukan operasi itu turut dilihat memotong sebahagian kenderaan itu menggunakan peralatan memotong besi dalam usaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Sumber awal mengatakan mayat itu akan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.