
Suruhanjaya itu pada Selasa mendedahkan bayaran kebajikan untuk golongan berpenyakit mental dan penjaga mereka berjumlah AUD7.3 bilion pada tahun kewangan 2016-2017.
Jumlah perbelanjaan bagi kesihatan mental oleh kerajaan negeri dan persekutuan dalam tempoh itu adalah melebihi AUD16 bilion.
Suruhanjaya Produktiviti ditugaskan oleh Bendahari Australia Josh Frydenberg untuk menyiasat kesan ekonomi penyakit-penyakit psikologi.
“Kira-kira 560,000 kanak-kanak dan remaja menghidap penyakit mental dan ini memberi kesan terhadap keupayaan mereka untuk mendapatkan pekerjaan,” kata Menteri Perkhidmatan Sosial Australia Paul Fletcher.
Siasatan suruhanjaya itu mendapati tiada pengurangan ketara dalam kadar kematian akibat bunuh diri sejak sedekad lalu, meskipun terdapat usaha berterusan untuk menjadikan dasar pencegahan bunuh diri lebih berkesan.
Ia menyebut sebagai tambahan kepada perbelanjaan kerajaan, pesakit kesihatan mental membayar sendiri sejumlah AUD600 juta bagi mendapatkan khidmat ahli psikologi dan ubat preskripsi pada 2016-2017.
“Antara 2001 dan 2014, bahagian penerima Pencen Bantuan Hilang Upaya yang mendapat bayaran akibat penyakit mental bertambah daripada 23% kepada 34%,” menurut suruhanjaya itu.
“Cabaran utama ialah memberi bantuan sewajarnya kepada golongan yang mengalami keadaan ini secara episodik (atau bertanggungjawab menjaga mereka), kerana kemampuan mereka untuk bekerja mungkin berubah-ubah,” katanya.