
Keputusan itu perlu diambil demi memelihara kepentingan dasar asing dan keselamatan negara, kata Christofer Burger dalam sidang media pada Isnin.
Langkah itu dipercayai susulan banyak bukti mengenai kegiatan perisikan Iran di Eropah.
Mahan Air yang berpangkalan di Tehran mula beroperasi pada 1992, ialah syarikat penerbangan swasta pertama di negara Timur Tengah.
Syarikat itu menyediakan perkhidmatan ke beberapa negara Eropah termasuk Perancis, Itali dan Sepanyol selain 4 penerbangan ke bandar Jerman setiap minggu.
Langkah itu diambil ketika Amerika Syarikat (AS) memberikan tekanan hebat kepada sekutu Eropahnya untuk mengembalikan sekatan ke atas Iran.
Presiden Donald Trump mengambil keputusan menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama berhubung program nuklear Iran, selain mengenakan sekatan ke atas negara terbabit semula.
Jurucakap kerajaan Jerman, Steffen Seibert bagaimanapun menafikan keputusan itu diambil akibat tekanan AS, sebaliknya ia berdasarkan pertimbangan keperluan keselamatan negara.