Aktivis puji Putrajaya saman Kelantan demi Orang Asli

Aktivis puji Putrajaya saman Kelantan demi Orang Asli

Shariffa Sabrina Syed Akil berkata tindakan kerajaan langkah berani manakala Siti Kasim berkata PH mengotakan kata.

Shariffa Sabrina Syed Akil dan Siti Kasim.
PETALING JAYA:
Aktivis menyambut baik langkah Purajaya memperjuangkan nasib Orang Asli di Kelantan dengan menyaman kerajaan negeri kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli.

Tetapi kerajaan diberi amaran agar jangan mengekploitasi tindakan itu untuk meningkatkan sokongan pengundi Orang Asli pada pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada peguam negara kerana sangat berani mengambil tindakan begini kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka).

Shariffa mengambil maklum perkembangan ini seminggu sebelum pengundi Cameron Highlands memilih pada 26 Januari ini.

Dua pesaing yang menjadi perhatian pada pilihan raya kecil itu adalah calon pemerintah persekutuan, M Manogaran, dan calon pembangkang persekutuan, Ramli Mohd Nor, seorang Orang Asli tempatan.

“Kita mahu kerajaan ikhlas membantu Orang Asli. Mereka telah dibuli dan diabaikan selama bertahun-tahun,” katanya.

Shariffa menggesa kerajaan mengambil tindakan serupa terhadap kerajaan-kerajaan negeri lain bagi menghalang syarikat swasta menceroboh tanah adat.

Sementara itu, aktivis hak asasi, Siti Kasim berkata kerajaan mengotakan kata membantu Orang Asli.

“Mereka tidak hormat undang-undang, jadi ini langkah tepat. Akhirnya dapat failkan,” katanya.

Siti percaya tindakan undang-undang itu adalah betul mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Ini berita baik untuk Orang Asli dan peguam yang bantu orang-orang itu. Tahniah kepada PH,” katanya.

Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mengumumkan Putrajaya memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS kerana pencerobohan penempatan-penempatan Orang Asli.

Ia juga memohon injunksi menghalang syarikat-syarikat swasta menceroboh tanah adat untuk menjalankan aktiviti komersial.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu menamakan kerajaan negeri, pengarah tanah dan galian negeri, pengarah perhutanan negeri dan 5 entiti swasta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.