
Beliau berkata, tiada serpihan pesawat itu dijumpai di kawasan Selat Melaka, sebaliknya ia dijumpai di Lautan Hindi.
“Pakar-pakar dunia mengenal pasti Selatan Lautan Hindi dan ia terbukti dengan ‘drift simulation’ dan serpihan pesawat dijumpai di Selatan Lautan Hindi,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam, 4 nelayan Indonesia mendakwa melihat sendiri MH370 di Selat Melaka berdekatan Pangkalan Susu, Sumatra Utara berdekatan sempadan Acheh, sebelum pesawat tersebut hilang secara misteri bersama semua 239 penumpang dan anak kapal.
Seorang daripada nelayan tersebut, Rusli Kusmin, 42, mendakwa melihat pesawat itu ketika sedang menangkap ikan di laut pada 6.30 pagi 8 Mac 2014.
Presiden Persatuan Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) Datuk Jacob George berkata pihaknya juga menghantar hasil kajian penuh kepada perdana menteri dan berharap kerajaan Malaysia bertindak memulakan operasi mencari pesawat MH370 di Selat Melaka berdekatan Sumatra.
Aziz menambah, dakwaan dibuat nelayan Indonesia itu seharusnya diketepikan oleh kerajaan.
“Kita boleh mengenepikan pandangan tersebut kerana sudah 5 tahun, tak ada satu petunjuk atau bukti yang pesawat tersebut jatuh di situ,” tegasnya.
Ditanya adakah pencarian semula MH370 perlu dibuka semula, Aziz berkata ia boleh dibuka sekiranya mempunyai petunjuk baru.
“Pencarian ini boleh dibuka sekiranya ada petunjuk baru. Sehingga sekarang tak ada tanda baru yang membolehkan pasukan pencari menjalankan pencarian baru,” katanya.
Pada 30 Mei tahun lalu, kerajaan memutuskan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi dihentikan memandangkan ia sudah memakan tempoh carian yang panjang.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan sedia untuk menimbangkan semula usaha pencarian jika terdapat bukti baru yang konsisten.